Saturday, August 13, 2011

MESYUARAT PIBP KE-22 & AKTIVITI BERSAMA IBUBAPA (OGOS 2011)








Salam 1 Malaysia ^__^


Satu mesyuarat bagi Persatuan Ibubapa & Pendidik (PIBP) kali ke-22 telah dijalankan pada 3 Ogos 2011 yang lalu. Hasil perbincangan ahli mesyuarat, semua sepakat untuk membuat beberapa aktiviti seperti:


1. Pemasangan bendera Jalur Gemilang & Negeri Perak


2. Gotong-royong di Masjid Saidina Abu Bakar Felda G.Besout 1


3. Aktiviti bersama kanak-kanak di Permata


Pada 14 Ogos 2011, aktiviti ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Syukur alhamdulillah. Para ibubapa berkumpul di PAPN sejak jam 8.00 pagi lagi dan aktiviti pemasangan bendera dilakukan terlebih dahulu. Tujuan bendera ini dipasang bukan sekadar mencantikkan kawasan PAPN sahaja malahan menyahut seruan bagi mengibarkan bendera yang menjadi lambang kecintaan pada negara Malaysia.


Selesai memasang bendera, semua bergerak bersama-sama menuju ke masjid bagi menjalankan aktiviti gotong-royong pula. Walaupun, semua dalam keadaan berpuasa, namun ianya bukan halangan kepada warga Permata. Sesuai dengan pepatah Melayu "Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing". Tepat jam 10.30 pagi, aktiviti pun berakhir.


Semoga usaha yang telah dilakukan ini bukan sahaja mengukuhkan silaturrahim antara warga Permata, malahan mengeratkan perhubungan bersama komuniti luar juga. ^___^

Tuesday, June 7, 2011

Aktiviti Mei 2011



















Bulan Mei 2011 telah dilalui dengan pelbagai suka, duka, pahit dan manis ~cukup asam garam kehidupan~ ^_^ Sekaligus meninggalkan pengalaman yang harganya tidak ternilai buat warga PAPN Besout khususnya.






Dengan tema makanan, ibubapa/penjaga turut turun padang mengikuti aktiviti pembelajaran bersama kanak-kanak. Selain itu, kanak-kanak juga didedahkan dengan keperluan dan kepentingan makanan seimbang. Hal ini bagi mengelakkan wujudnya kes kanak-kanak obesiti.

Isu obesiti juga perlu ditangani bukan sahaja di Permata, tetapi di rumah. Maka peranan ibubapa amat penting dalam memastikan kesihatan anak berada pada tahap terbaik. Marilah kita sama-sama bertanggungjawab dalam isu ini. ^_^


Sunday, May 15, 2011

Selamat hari Guru ^_^



Menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik bukan satu tugas yang mudah pada zaman ini. Namun, amanah yang diberikan perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Ikhlaskan diri dan mudah-mudahan ilmu yang disampaikan kepada anak bangsa menjadi satu pelaburan jangka panjang kita diakhirat kelak.




Kami warga Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Besout mengucapkan 'Selamat hari Guru' kepada semua guru-guru di Malaysia.




Terima kasih guruku (AFI Junior)

pagiku cerahku
matahari bersinar…
ku gendong tas merahku di pundak…
slamat pagi semua
ku nantikan dirimu
di depan kelasku menantikan kami..
guruku tersayang
guru tercinta
tanpamu apa jadinya aku…
tak bisa baca tulis
mengerti banyak hal..
guruku terima kasihku…
nakalnya diriku kadang buatmu marah…
namun segala maaf kau berikan..
reff::
guruku tersayang …
guru tercinta tanpamu apa jadinya aku…
tak bisa baca tulis mengerti banyak hal…
guruku terima kasihku…

Saturday, May 7, 2011

~ Selamat Hari Ibu ~






Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu, mama, ummi, mak dan lain-lain. Terima kasih atas segala pengorbanan yang kalian berikan. Kami kasih, kami sayang, dan kami cintakan kalian. Semoga Allah mengurniakan ganjaran terhebat buat kalian. ^_^


Sinaran Kasih Ibu

Ibu
Bagiku dirimu tiada dalang gantinya
Kerna kucintai ibu selalu
Ibu yang selalu menjaga diriku
Dan membelaiku penuh kasih sayang
Bagai membelai sekuntum mawar merah
Ibu
Demi anakmu
Dirimu sanggup kau korbankan
Sedangkan dirimu telah terkorban
Dirimu memberikanku segalanya
Walaupun dirimu tak punya apa-apa
Ampunilah dosaku ibu
Kiranya menyakiti hatimu
Ibu
Sedari kecil aku selalu disampingmu
Dikau menjagaku
Mendidikku
Dan beri segalanya buat keperluanku
Tanpa menerbitkan rasa jemu dihati
Ibu
Dikaulah insan teladan
Kerna kesabaranmu yang menebal didalam hati
Menjaga anak-anakmu yang berbagai ragam
Melayan kenakalan mereka
Yang sering menyakiti hatimu
Ibu
Dikaulah ratu dihatiku
Yang kuingat selalu
Tanpa kasih sayangmu
Tidaklah kumengenali siapa diriku
Bagiku dirimu selalu ada disampingku
Walaupun dirimu telah lama pergi
Ibu
Hanya doa yang mampu kukirimkan
Buat dirimu
Kasihku takkan putus terhadapmu selamanya
I love you ibu
Itulah kata yang teragung
Dariku buat dirimu
Terima kasih ibu

(http://jejakasepi91.blogspot.com/2009/02/sajak-ibu.html)

Latihan Kebakaran











Pada 5 Mei 2011 yang lalu, PAPN Besout dengan kerjasama pihak Bomba Slim River telah mengadakan latihan kebakaran. Hal ini bertujuan memberikan pendedahan awal khususnya kepada kakitangan PAPN Besout & ibubapa. Ilmu serta praktikal yang diperturunkan untuk pertemuan pertama ini mungkin tidak mencukupi dan diharapkan latihan ke2 akan diadakan pada masa hadapan dengan penglibatan pelbagai pihak. ^_^

Wednesday, January 26, 2011

KUNJUNGI FACEBOOK KAMI ^_^

Penyebaran maklumat menggunakan kepelbagaian medium teknologi seharusnya digunakan sebaik-baiknya terutama dalam mempromosikan program hebat seperti PERMATA. Oleh itu, sebagai makluman, perkembangan serta aktiviti PAPN Besout juga boleh dilihat menerusi Facebook yang telah beroperasi sejak 2010. Sila kunjungi Faceboook kami dengan menaip sahaja nama permata besout .

Kami nantikan kunjungan anda di laman maya tersebut ^_^

Saturday, April 24, 2010

Jom Jalan-Jalan di Permata Besout ^_^


Selamat datang ke Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Besout
Bagi yang belum pernah sampai, jom sama-sama kita lihat persekitaran Permata yang dijamin best!! ^_^

Ehh..ni bukan bangunan utama Permata. Tetapi antara sudut yang diberi nama 'Literacy Corner'

Boleh juga dikatakan library. Seterusnya..

Haaa.. ni bangunan utama Permata. Cantik?? Mestilah.. =p Para pendidik Permata lain jangan ada yang jealous eh. Hehe.. Mari kita teruskan perjalanan. Banyak lagi nak tunjuk ni.

Ok. Bahagian ni merupakan 'Parent's Corner'. Khusus untuk ibubapa mempamerkan hasil kreativiti mereka atau apa-apa info yang berkaitan. Haihhh.. memang cun la sudut ni. ^_^


'Physical Corner'.. nama diberikan untuk sudut ini. Merupakan kawasan budak-budak, mak& ayah budak lepak. Teacher pun tak kurang juga. Bagi mengubah suasana atau mood, kadang-kadang aktiviti pembelajaran atau makan tengah hari turut dilakukan disini.

Fuhhh!! memang syok laa.. Lebih-lebih lagi kalau ada angin kat luar berhembusan.. ^_^






Lagi... kita nak pergi mana ye? Ohooo.. tak boleh la tunjuk semua.. Mungkin lebih baik datang ke sini. Segalanya adalah eksklusif. Hehehe..

Sekian sahaja untuk hari ini. ^_^