Thursday, September 19, 2013

RAGAM PRA HARI RAYA 2013

Persetujuan bersama ibubapa/penjaga untuk mengadakan 'photo shoot' suasana pra hari raya telah dilakukan dengan meriahnya. Selain bergambar, aktiviti ini turut diisi dengan aktiviti yang biasa dilakukan semasa Hari Raya Aidil Fitri. Pelbagai ragam dapat dilihat melalui gambar-gambar dibawah:











SELAMAT HARI RAYA SEMUA..

Pada tanggal 30 Ogos 2013 kami pendidik dengan kerjasama Persatuan ibu bapa di PAPN Besout telah mengadakan Majlis sambutan Hari Raya yang bertempat di PAPN Besout. Riang ria di hari raya merupakan tema pada kali ini. WAuuuuu bertapa meriah nya sambutan Raya ini di jalankan. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini di mulakan dengan sesi  Fotografi,seterusnya bacaan doa, ucapan dan perasmian oleh Ketua Pendidik Cik Ramizah dan Pengerusi PIPB En Zulkifli.Majlis ini juga meriah dengan acara- acara pertandingan yang dijalankan.Jom lihat aksi-aksi menarik sewaktu majlis  dijalankan. Mohhh la kite............


                                                      











Wednesday, May 1, 2013

APRIL 2013: AKTIVITI 3 TAHUN

Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh kanak-kanak di PAPN Besout bertemakan Deria. Kanak-kanak diberikan pendedahan tentang fungsi setiap deria dan aktiviti yang berkaitan dengan deria tersebut. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah mengenali lidah, menulis huruf, mencari huruf, main peranan ikan, menyukat air, mengenali pelbagai tekstur, dan lain-lain.
Berikut adalah gambar kanak-kanak 3 tahun yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan: