Monday, April 29, 2013

Pada 25 April 2013 yang lepas, pasukan KPJ telah hadir di PAPN Besout dan mengadakan aktiviti masakan bersama kanak-kanak Permata. 
Kanak-kanak didedahkan dengan cara membuat 'pancake' atau lempeng yang sihat. 
Sebelum aktiviti bermula, kanak-kanak diminta mencuci tangan dan memakai apron serta penutup kepala bagi memastikan tahap kebersihan dalam keadaan terbaik. 
Chef memperkenalkan bahan-bahan yang digunakan dan kuiz juga diadakan. 
Tidak ketinggalan demo membuat pancake turut dilakukan. 
Kanak-kanak dibenarkan mencuba memasak dan menghias pancake dengan pemantauan. 
Situasi mencuit hati apabila kanak-kanak menonjolkan kreativiti menghias pancake masing-masing. Saat yang ditunggu-tunggu pastinya makan pancake sendiri setelah bersusah payah menyediakannya. Kanak-kanak kelihatan sangat teruja. 
Pihak KPJ bermurah hati menyediakan jus tembikai sebagai minuman kanak-kanak. 
Terima kasih KPJ. Kami tunggu aktiviti seterusnya bersama ibubapa pula. ^_________^































Thursday, April 25, 2013

PROGRAM APRIL 2013: HARI TERBUKA KALI PERTAMA

Pada 25 April 2013 yang lalu, Program hari Terbuka Bersama Ibubapa/Penjaga Kanak-Kanak telah di adakan buat kali pertama bagi tahun 2013.

Perjumpaan ini memberikan fokus kepada perkembangan dari bulan Januari sehingga April 2013. Selain itu, ibubapa turut berkongsi maklumat anak masing-masing di rumah.

Perbincangan secara dua hala antara kedua pihak diharapkan dapat membantu perkembangan kanak-kanak yang lebih positif.

Komitmen yang diberikan setiap ibubapa menunjukkan sokongan mereka terhadap pendidikan awal kanak-kanak juga.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak! ^___________^