Saturday, April 24, 2010

Jom Jalan-Jalan di Permata Besout ^_^


Selamat datang ke Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Besout
Bagi yang belum pernah sampai, jom sama-sama kita lihat persekitaran Permata yang dijamin best!! ^_^

Ehh..ni bukan bangunan utama Permata. Tetapi antara sudut yang diberi nama 'Literacy Corner'

Boleh juga dikatakan library. Seterusnya..

Haaa.. ni bangunan utama Permata. Cantik?? Mestilah.. =p Para pendidik Permata lain jangan ada yang jealous eh. Hehe.. Mari kita teruskan perjalanan. Banyak lagi nak tunjuk ni.

Ok. Bahagian ni merupakan 'Parent's Corner'. Khusus untuk ibubapa mempamerkan hasil kreativiti mereka atau apa-apa info yang berkaitan. Haihhh.. memang cun la sudut ni. ^_^


'Physical Corner'.. nama diberikan untuk sudut ini. Merupakan kawasan budak-budak, mak& ayah budak lepak. Teacher pun tak kurang juga. Bagi mengubah suasana atau mood, kadang-kadang aktiviti pembelajaran atau makan tengah hari turut dilakukan disini.

Fuhhh!! memang syok laa.. Lebih-lebih lagi kalau ada angin kat luar berhembusan.. ^_^






Lagi... kita nak pergi mana ye? Ohooo.. tak boleh la tunjuk semua.. Mungkin lebih baik datang ke sini. Segalanya adalah eksklusif. Hehehe..

Sekian sahaja untuk hari ini. ^_^




Friday, January 15, 2010

keikhlasan itu...

“Saya sudah membuat keputusan muktamad. Setakat ini sahaja perkhidmatan saya bersama tuan. Saya mahu bersara” kata seorang tukang kayu.


Sudah berpuluh tahun beliau bekerja bersama majikannya itu. Penuh dedikasi. Tetapi hatinya dihinggap rasa jemu. Terasa mahu segera pergi.

Meninggalkan tempat kerja dan rutin hariannya. Pergi bercuti sepuas hati.

Si majikan termenung. Perasaan bercampur aduk.


“Aku ada satu permintaan. Permintaan yang mungkin terakhir daripada aku untuk kamu” ujar si majikan.

“Apakah permintaan itu?” tanya si tukang kayu.

“Aku mahu kamu selesaikan satu sahaja lagi projek. Sebuah rumah kayu terakhir yang aku mahu kamu tumpahkan segala pengalamanmu untuk membinanya” kata si majikan.

Si tukang kayu serba salah.

Sudah terbayang wajah monyok sang isteri di rumah.
Kakinya sudah terasa-rasa pasir di pantai. Wajah sudah dingin-dingin dihembus angin benua. Menangguhkan semua itu untuk kembali bertukang kayu, terasa ralat benar di hati.
Tetapi dek mengenangkan begitu banyak jasa si majikan kepada dirinya dan keluarga selama ini, beliau mengangguk lesu. Setuju. Terpaksa.

Rumah dibina seadanya. Asalkan siap.


Sifirnya mudah, apa-apa sahaja yang dibuat kerana terpaksa, terseksa.


Malang sekali.

Setelah berpuluh tahun bekerja dengan penuh dedikasi, dengan hasil kerja yang dipuji ramai, beliau mengakhiri hasil tangan seperti melepaskan batok di tangga.

“Alah, bang. Tak payahlah ukir dan paku beriya-iya sangat. Janji siap sudah. Ini pun kira kita dah baik hati nak tolong siapkan!” hasut sang isteri, menambah lagi rasa ‘tidak ikhlas’ di hati suami, si tukang kayu.


Selesai rumah kayu itu ditukang, beliau sendiri berasa tidak suka untuk melihatnya. Tetapi peduli apa. Beliau mahu segera bersara dan pergi bercuti.


“Nah, tuan. Ini kunci rumah itu. Segala tugasan sudah saya selesaikan” kata si tukang kayu.


“Simpanlah kunci itu!” jawab si majikan.


“Kenapa tuan?” si tukang kayu kebingungan.


“Rumah itu adalah hadiah daripada saya untukmu. Tanda penghargaan atas persahabatan kita selama ini” kata si majikan dengan wajah yang tulus penuh keikhlasan.



Menggeletar tangan si tukang kayu.
Hatinya ditaufan rasa sesal.



“Kalaulah aku tahu rumah ini adalah milikku, nescaya akan kubuat dengan sebaik mungkin!” hati kecil yang tidak pernah berbohong itu berbisik kesal.



*************************************************************************
Artikel ini diambil dari sebuah blog iaitu di http://saifulislam.com/

Terkedu..

Itu yang dialami selepas membaca.

Biasanya kita hanya akan membuat sesuatu dengan sebaiknya jika ada ganjaran yang hebat menanti dihujung kerja.

Lumrah manusia memang begitu.

Jadi, sejauh mana ikhlasnya kita menjadi pendidik di Permata? Benar-benar mahu kerana adanya amanah disebalik tugasan atau disebabkan kehendak bagi memenuhi keperluan peribadi..



~ikhlas itu umpama semut hitam yang berada di atas batu yang hitam di malam yang sangat gelap~