Monday, November 19, 2012

gigi ku cantik = )



cuba teka sapa yang datang???

 ha baru-baru ni pihak hospital bahagian pergigian melawat kami...
best sangat kami belajar cara gosok gigi dengan betul,,,,
tak nak makan manis-manis nti rosak gigi...


 Irfan tanya ni ,macam ni ke gosok gigi??betul ke ni??


bukak mulut cantik nya gigi Zahra....



wauuu gosok jangan tak gosok....










jom jalan ke Balai Bomba = )

hoooo...best sangat-sangat t.Q atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan misi bulan lepas.

"Rombongan kami ke bomba Ipoh..."
Pada bulan lepas kami warga permata Besout ke Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Perak bagi tujuan memperkenalkan anak-anak Permata dengan pekerjaan Bomba,cara bomba menyelamat mangsa dan sebagainya....
Meriah kami Konvoi beramai-ramai ke Ipoh dengan kerjasama ibu bapa yang sangat terbaikkkk...
Kami tiba dan disambut baik pada pukul 8 pagi oleh anggota bomba.
pelbagai pendedahan yang diperolehi dari lawatan kami ke sana. = )
jom ramai-ramai lihat gambar kami di sana....


singgah sebentar di tol....kira kereta cukup ke tak hehehe.....jauh perjalanan kami ni = )



 melawat sekitar balai bomba...


apa yang nak di tunjuk kan tu???




khusyuk nya dengar penerangan pihak bomba....







ada juga bapa yang bertanya soalan..."macam mana nak bagi anak saya jadi bomba?" kena makan sayur lebih ke ???hehehe





antara gambar-gambar aktiviti kami di sana sepanjang hari ....
apa pun terima kasih sangat atas sokongan ibu bapa dan pihak Bomba....



lain kali kita datang lagi ya....

Wednesday, September 26, 2012

Program Bersama PDK:)

Salam permata :)

Hai...hai..hai.... Semalam ( 26.9.2012 ) hari rabu, kami di Permata Besout telah mengadakan program belum pernah kami lakukan selama beroperasi di Felda Besout ini. Program ape tue?? Bunyi cam best je kn..kih..kih.kih... Memang best pn. Kami telah mengadakan program komuniti bersama pihak PDK. Ape tu PDK??? PDK tu maknanye Pemulihan Dalam Komuniti. Kami telah membuat lawatan sambil bermesra dengan anak-anak kurang upaya di pusat tersebut. Sebenarnya, kita sangat bersyukur dilahirkan sempurna ke dunia ini. Tapi jangan kita lupa juga pada insan yang dilahirkan kurang upaya. Siapa kita untuk melawan takdir Allah kan???

Walaupun mereka kurang upaya, namun mereka juga manusia biasa. Perlukan kawan untuk bersosial, perlukan bimbingan untuk kelangsungan hidup dan bermacam-macam lagi. Banyak info mengenai golongan OKU yang kami pelajari daripada lawatan yang kami lakukan ini. Info penting ialah bagaimana kita mengesan seseorang itu OKU melalui perkembangan seawal usianya agar bimbingan seawal mungkin juga dapat kita berikan kepadanya. Ini penting supaya mereka tidak ketinggalan dan terpinggir daripada menikmati hidup dengan bahagia.

Kami berterima kasih pada Pengerusi PDK Felda Besout, En Ali Bakar Bin Abd Rahman dan Penyelia PDK, Pn Sharifah Binti Abu yang sangat mesra dan ceria orangnya:). Tidak lupa juga pada 5 guru/ petugas PDK serta pembantu mereka yang sudi berkongsi maklumat kepada kami. Ape kate kite tengok gambar yang sempat kami snap sepanjang lawatan tersebut. Jommmmmmm:)

Nie la Pn Sharifah Binti Abu ( Penyelia PDK ). Baik dan ramah orangnya:)
Khusyuk dengar taklimat dari Pn Sharifah:)
Sebahagian anak syurga di PDK:)

Selain daripada lawatan untuk bermesra dengan anak-anak syurga ini, kami juga mengadakan program gotong-royong keceriaan. Gotong-royong ini bertujuan untuk menceriakan lagi kawasan persekitaran PDK. Kami telah membantu mereka mengecat bangku batu, membuat mural dan membersihkan kawan sekitar PDK.
Kumpulan mural yang diketuai oleh Teacher Emy:)
Kumpulan cat bangku yang diketuai oleh Teacher Liza:)
Kumpulan cat tayar

Walaupun hujan pada pagi itu, namun kami tidak patah semangat untuk melaksanakan kerja kebajikan seperti ini. Moga usaha keras kami mendapat rahmat dari-Nya untuk membantu anak-anak syurga ini. Semoga ukuwah yang terbina antara Pusat Anak Permata Besout dan Pusat Pemulihan Dalam Kominiti ini akan terus berkekalan dan berpanjangan sampai bila-bila. Jutaan terima kasih kami ucapkan pada pihak PDK yang sudi menerima kunjungan kami yang tidak seberapa ini. Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi. Insyaallah. Amin:)

p/s : banyak lagi gambar sepanjang program ini telah kami upload di Facebook Permata Besout. Tengok jgan tak tengok....hehehhehe:) Wasallam.....


Saturday, September 8, 2012

LAWATAN & BERHARI RAYA ^__^

Ok.. Gambar seterusnya merupakan antara aktiviti yang best untuk dilakukan selepas cuti Hari Raya. Kami memilih beberapa rumah yang dekat untuk kanak-kanak khususnya berhari raya di rumah rakan mereka. Macam-macam ragam sebenarnya. Tapi semuanya dalam keadaan terkawal. Terima kasih keluarga Najwa & Husna Tajul Rashid kerana membenarkan kami membawa segerombolan askar kecil Permata untuk beraya. ^___^ Tidak ketinggalan keluarga Husna Saiful Rahim dan Iman yang menerima kedatangan kami bagi lawatan ke rumah keluarga Permata fasa ke-2. Banyak perkongsian menarik diperoleh. Paling penting pertukaran maklumat berkaitan anak-anak itu sendiri. 










AKTIVITI KANAK-KANAK 2-4 TAHUN (OGOS 2012)

Tema bagi bulan Ogos ialah Kemerdekaan. Pelbagai aktiviti telah dilaksana mengikut kumpulan umur kanak-kanak. Mari kita lihat aktiviti apa yang dilakukan oleh kanak-kanak ini. ^_________^