Saturday, August 13, 2011

MESYUARAT PIBP KE-22 & AKTIVITI BERSAMA IBUBAPA (OGOS 2011)








Salam 1 Malaysia ^__^


Satu mesyuarat bagi Persatuan Ibubapa & Pendidik (PIBP) kali ke-22 telah dijalankan pada 3 Ogos 2011 yang lalu. Hasil perbincangan ahli mesyuarat, semua sepakat untuk membuat beberapa aktiviti seperti:


1. Pemasangan bendera Jalur Gemilang & Negeri Perak


2. Gotong-royong di Masjid Saidina Abu Bakar Felda G.Besout 1


3. Aktiviti bersama kanak-kanak di Permata


Pada 14 Ogos 2011, aktiviti ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Syukur alhamdulillah. Para ibubapa berkumpul di PAPN sejak jam 8.00 pagi lagi dan aktiviti pemasangan bendera dilakukan terlebih dahulu. Tujuan bendera ini dipasang bukan sekadar mencantikkan kawasan PAPN sahaja malahan menyahut seruan bagi mengibarkan bendera yang menjadi lambang kecintaan pada negara Malaysia.


Selesai memasang bendera, semua bergerak bersama-sama menuju ke masjid bagi menjalankan aktiviti gotong-royong pula. Walaupun, semua dalam keadaan berpuasa, namun ianya bukan halangan kepada warga Permata. Sesuai dengan pepatah Melayu "Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing". Tepat jam 10.30 pagi, aktiviti pun berakhir.


Semoga usaha yang telah dilakukan ini bukan sahaja mengukuhkan silaturrahim antara warga Permata, malahan mengeratkan perhubungan bersama komuniti luar juga. ^___^

No comments:

Post a Comment