Monday, January 14, 2013

MAJLIS KONVOKESYEN 2012

Tarikh 5 Disember 2012 telah mencatatkan sejarah tersendiri buat PAPN Besout apabila berjaya melaksanakan Majlis Konvokesyen khusus untuk kanak-kanak yang berjaya menamatkan proses pembelajaran di PAPN Besout dengan jayanya. Terdapat 9 orang kanak-kanak yang bergraduasi pada hari tersebut. Mereka adalah:

1. Amirul Naaiman
2. Farish Haiqal Danish
3. Muhammad Alif Aiman
4. Mohd Fariz Iskandar
5. Nur Zahraa Nazirah
6. Nur Najwa Husna
7. Nurul Iman Eilyannie
8. Nur Aulia Damia
9. Aina Atirah binti Rozaini

Selain meraikan kanak-kanak ini, penghargaan turut diberikan kepada ibubapa yang memberikan komitmen terbaik sepanjang tahun.

Syukur ke atas Illahi kerana majlis berjalan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Tahniah buat semua ^___^

























LATIHAN KONVOKESYEN

Ketibaan Majlis Konvokesyen sememangnya dinantikan setiap tahun.
Bagi memastikan majlis berjalan lancar, persiapan dan latihan khususnya persembahan dan perjalanan majlis telah dibuat.
Apa yang pasti, ibubapa dan kanak-kanak memberikan kerjasama yang sangat baik sebelum, semasa dan selepas majlis.
Mari kita lihat gambar persiapan dan latihan konvokesyen. ^____^









HARI TERBUKA KALI KE-3

Hari Terbuka kali ke-3 telah diadakan pada 21 November 2012. Tujuan program ini bagi membincangkan perkembangan kanak-kanak sama ada di rumah atau PAPN bersama-sama ibubapa dan pendidik mengikut kumpulan umur kanak-kanak. Alhamdulillah kanak-kanak ini mencapai tahap perkembangan yang telah digariskan melalui modul dan kurikulum Permata.







LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR-PELAJAR UPSI

Pada 27 November 2012, lebih daripada 50 orang pelajar-pelajar UPSI telah hadir ke PAPN Besout bagi membuat lawatan sambil belajar yang juga merupakan mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Pensyarah mereka; Dr. Nordin bin Mamat turut hadir sebagai pensyarah pengiring dan memantau tugasan yang telah dibuat oleh pelajar terbabit.

Antara aktiviti yang telah dijalankan bersama kanak-kanak di PAPN Besout seperti berikut:
1. Senaman aerobik
2. Menanam pokok taugeh
3. Membina tapak refleksologi
4. Membuat doh

Pastinya yang paling gembira di atas kehadiran kakak dan abang ini adalah kanak-kanak PAPN Besout itu sendiri. Kehadiran abang dan kakak memeriahkan lagi PAPN khususnya.

Berikut antara gambar aktiviti yang telah dijalankan:










Monday, November 19, 2012

gigi ku cantik = )



cuba teka sapa yang datang???

 ha baru-baru ni pihak hospital bahagian pergigian melawat kami...
best sangat kami belajar cara gosok gigi dengan betul,,,,
tak nak makan manis-manis nti rosak gigi...


 Irfan tanya ni ,macam ni ke gosok gigi??betul ke ni??


bukak mulut cantik nya gigi Zahra....



wauuu gosok jangan tak gosok....










jom jalan ke Balai Bomba = )

hoooo...best sangat-sangat t.Q atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan misi bulan lepas.

"Rombongan kami ke bomba Ipoh..."
Pada bulan lepas kami warga permata Besout ke Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Perak bagi tujuan memperkenalkan anak-anak Permata dengan pekerjaan Bomba,cara bomba menyelamat mangsa dan sebagainya....
Meriah kami Konvoi beramai-ramai ke Ipoh dengan kerjasama ibu bapa yang sangat terbaikkkk...
Kami tiba dan disambut baik pada pukul 8 pagi oleh anggota bomba.
pelbagai pendedahan yang diperolehi dari lawatan kami ke sana. = )
jom ramai-ramai lihat gambar kami di sana....


singgah sebentar di tol....kira kereta cukup ke tak hehehe.....jauh perjalanan kami ni = )



 melawat sekitar balai bomba...


apa yang nak di tunjuk kan tu???




khusyuk nya dengar penerangan pihak bomba....







ada juga bapa yang bertanya soalan..."macam mana nak bagi anak saya jadi bomba?" kena makan sayur lebih ke ???hehehe





antara gambar-gambar aktiviti kami di sana sepanjang hari ....
apa pun terima kasih sangat atas sokongan ibu bapa dan pihak Bomba....



lain kali kita datang lagi ya....

Wednesday, September 26, 2012

Program Bersama PDK:)

Salam permata :)

Hai...hai..hai.... Semalam ( 26.9.2012 ) hari rabu, kami di Permata Besout telah mengadakan program belum pernah kami lakukan selama beroperasi di Felda Besout ini. Program ape tue?? Bunyi cam best je kn..kih..kih.kih... Memang best pn. Kami telah mengadakan program komuniti bersama pihak PDK. Ape tu PDK??? PDK tu maknanye Pemulihan Dalam Komuniti. Kami telah membuat lawatan sambil bermesra dengan anak-anak kurang upaya di pusat tersebut. Sebenarnya, kita sangat bersyukur dilahirkan sempurna ke dunia ini. Tapi jangan kita lupa juga pada insan yang dilahirkan kurang upaya. Siapa kita untuk melawan takdir Allah kan???

Walaupun mereka kurang upaya, namun mereka juga manusia biasa. Perlukan kawan untuk bersosial, perlukan bimbingan untuk kelangsungan hidup dan bermacam-macam lagi. Banyak info mengenai golongan OKU yang kami pelajari daripada lawatan yang kami lakukan ini. Info penting ialah bagaimana kita mengesan seseorang itu OKU melalui perkembangan seawal usianya agar bimbingan seawal mungkin juga dapat kita berikan kepadanya. Ini penting supaya mereka tidak ketinggalan dan terpinggir daripada menikmati hidup dengan bahagia.

Kami berterima kasih pada Pengerusi PDK Felda Besout, En Ali Bakar Bin Abd Rahman dan Penyelia PDK, Pn Sharifah Binti Abu yang sangat mesra dan ceria orangnya:). Tidak lupa juga pada 5 guru/ petugas PDK serta pembantu mereka yang sudi berkongsi maklumat kepada kami. Ape kate kite tengok gambar yang sempat kami snap sepanjang lawatan tersebut. Jommmmmmm:)

Nie la Pn Sharifah Binti Abu ( Penyelia PDK ). Baik dan ramah orangnya:)
Khusyuk dengar taklimat dari Pn Sharifah:)
Sebahagian anak syurga di PDK:)

Selain daripada lawatan untuk bermesra dengan anak-anak syurga ini, kami juga mengadakan program gotong-royong keceriaan. Gotong-royong ini bertujuan untuk menceriakan lagi kawasan persekitaran PDK. Kami telah membantu mereka mengecat bangku batu, membuat mural dan membersihkan kawan sekitar PDK.
Kumpulan mural yang diketuai oleh Teacher Emy:)
Kumpulan cat bangku yang diketuai oleh Teacher Liza:)
Kumpulan cat tayar

Walaupun hujan pada pagi itu, namun kami tidak patah semangat untuk melaksanakan kerja kebajikan seperti ini. Moga usaha keras kami mendapat rahmat dari-Nya untuk membantu anak-anak syurga ini. Semoga ukuwah yang terbina antara Pusat Anak Permata Besout dan Pusat Pemulihan Dalam Kominiti ini akan terus berkekalan dan berpanjangan sampai bila-bila. Jutaan terima kasih kami ucapkan pada pihak PDK yang sudi menerima kunjungan kami yang tidak seberapa ini. Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi. Insyaallah. Amin:)

p/s : banyak lagi gambar sepanjang program ini telah kami upload di Facebook Permata Besout. Tengok jgan tak tengok....hehehhehe:) Wasallam.....