Monday, January 14, 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR-PELAJAR UPSI

Pada 27 November 2012, lebih daripada 50 orang pelajar-pelajar UPSI telah hadir ke PAPN Besout bagi membuat lawatan sambil belajar yang juga merupakan mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Pensyarah mereka; Dr. Nordin bin Mamat turut hadir sebagai pensyarah pengiring dan memantau tugasan yang telah dibuat oleh pelajar terbabit.

Antara aktiviti yang telah dijalankan bersama kanak-kanak di PAPN Besout seperti berikut:
1. Senaman aerobik
2. Menanam pokok taugeh
3. Membina tapak refleksologi
4. Membuat doh

Pastinya yang paling gembira di atas kehadiran kakak dan abang ini adalah kanak-kanak PAPN Besout itu sendiri. Kehadiran abang dan kakak memeriahkan lagi PAPN khususnya.

Berikut antara gambar aktiviti yang telah dijalankan:










No comments:

Post a Comment