Tuesday, March 27, 2012

Hari gembira kami:)

Nape kami gembira sangat....jeng..jeng..jeng...
Sebab hari nie, "HARI SUKANEKA" di Permata Besout>>>> epy sangat kami hari. Macam-macam game kami rancang untuk anak-anak dan para ibu bapa... Ade 7 game tw... Ape yang sampai 7 game tu:-

i. game anak 2 tahun
ii. game anak 3 tahun
iii. game anak 4 tahun
iv. game kaum ibu
v. game kaum bapa
vi. game berpasangan
vii game kemuncak "explorace "

 Banyak kn game kami rancang...memang best la tgk keletah mereka semua.... Cerita banyak x best, jom kite tengok gambar yang menggambarkan keseronokan kami.... Nak mula mane dulu ye???? hmmmmm:) okeyyy

GAME ANAK 2 TAHUN >>> cari gula_gula dalam tepung









GAME ANAK 3 TAHUN >>> cari gula-gula dalam timbunan kertas






GAME ANAK 4 TAHUN >>> dudukan belon sampai pecah






GAME KAUM IBU >>> pijak belon dikaki












GAME KAUM BAPA >>> gigit biskut di dahi








GAME BERSAMA PASANGAN >>> baling belon kebelakang






GAME KEMUNCAK>>> explorace





Sebenarnya banyak lagi gambar yang kami sempat tangkap.. nak tengok lg gambar kami, jom la ke facebook permata besout.. Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada barisan staff dan keluarga permata dalam menjayakan hari sukaneka ini.... Walaupun hujan di awal pagi, namun atas komitmen semua pihak acara dapat diteruskan dengan jayanya....semoga ukuwah yang terjalin ini akan kekal berpanjangan hingga hujung usia... Semoga kita jumpa lagi ke program akan datang...Peace yo:)

Wednesday, March 21, 2012

Bufday Najla Qairisya >> 15 Mac 2012

Epy bufday to you,
makan ubi kayu,
rajin baca buku,
dapat nombor satu....

15 Mac yang lalu, kami di Permata Besout telah menyambut hari jadi yang ke-3 tahun anak didik kami " BALQIS NAJLA QAIRISYA BINTI AZMI "..... tak sangka Najla dah 3 tahun. Orangnya comel je, tp umurnya dah bertambah....nak tengok najla x????

Ini la Najla...comel kan...

Alhamdulilah, kami dapat meraikan sambutan Najla yang ke-3 tahun dengan suasana yang ceria.. Hasil daripada rancangan daripada mama najla, kami dapat menyambut hari berkenaan bersama kawan-kawan lain di sekolah. Walaupun majlis sambutan itu sangat simple, namun berkat ukuwah antara kami sebagai pendidik, ibubapa dan anak-anak permata, majlis tersebut berlangsung dengan jayanya.. bertempat di dapur PAPN Besout, kami mulakan majlis dengan menyanyikan lagu "Allah selamatkan kamu" kepada adik Najla diikuti dengan lagu "Happy Brithday to You".... Najla sangat gembira dihari berkenaan kerana mama najla menghadiahkan kek angry bird kesukaannya.

Dikesempatan ini juga, kami ( Pendidik dan PPM ) ingin mengucapkan " Selamat Hari Jadi " pada Najla. Doa kami, semoga Najla panjang umur, dimurahkan rezeki oleh Allah, menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin:) Jom kita tengok gambar sepanjang sambutan hari jadi adik Najla.....

Ni la kek angry bird kesukaan Najla..
Epy bufday's girl kita nie...

Najla bersama mama tercinta...muka Najla sebijik muka mama dia..hehehhe:)
sambut bersama kawan-kawan:)
dah terliur nampaknya adik Najla kita nie:)
ngah nyanyi lagu "Allah selamatkan kamu" dan "epy bufday to you"
lepas tiup lili, potong kek la plak:) pastu wt pe???? ce teka?? hehehe

makan la..ape tunggu lagi, tunggu lama tak de guna..hehehhe:)
tu dia Irfan. Ni baru betol makan kek,,,hehhehe:)

Akhir kata, "HAPPY BRITHDAY NAJLA"...moga menjadi anak permata yang solehah. Amin:)

Wednesday, March 7, 2012

Lawatan UKHWAH





wahhh!!!!!! meriah kan lawatan kami ke rumah anak-anak permata Besout tujuan kami ingin merapatkan silaturahim dan megeratkan ukuwah keluarga permata dan komuniti Besout...Best sangat tunggu kami datang lagi ya....TQ atas kerjasama yang diberikan keluarga...

Aktiviti anak Permata Besout 4 tahun : )

Aktiviti anak Permata Besout 4 tahun bersama Teacher Emy seronok sangat melihat gelagat mereka melakukan aktiviti ..... Februari sudah berlalu nantikan aktiviti seterusnya ya.....
















Akhirnya bulan Februari pergi jua pelbagai aktiviti yang telah dijalankan bersama teacher Liza dengan tema "DIRI SAYA DAN KELUARGA SAYA" 
Jom lihat  pelbagai aktiviti menarik yang menyeronokkan anak 3 tahun .Seronok mereka belajar melalui bermain

.