Thursday, June 28, 2012

Hospital pakar KPJ datang Permata Besout:)

Salam Permata....

Semalam ( khamis-28.6.2012 ) kami telah menerima kunjungan istimewa dari pihak Hospital Pakar KPJ cawangan Ipoh... Mereka tiba jam 2.30 petang... Nape mereka datang kt Permata Besout ye??? Ade anak sakit ker??? Ada pemeriksaan kesihatan mengejut ker???

Sebenarnya, mereka datang bertujuan menyampaikan ceramah berkenaan kesihatan kanak-kanak kepada para ibubapa. Banyak topik yang dibincangkan dalam ceramah tersebut... Sampai ade 3 penceramah lg tw.. Penceramah pertama menerangkan tentang imunisasi, penyakit berjangkit dan ubat-ubatan

Ni penceramah pertama yang bernama Rohaida Binti Ramli
"Infection Control Officer"

Penceramah kedua pula menerangkan tentang kaedah mencuci tangan dengan betul
Ni penceramah kedua yang bernama Rofidah Binti Shabo Ramli
"Infection Control Nurse"
dan penceramah ketiga yang akan menerangkan tentang pemakanan seimbang untuk kanak-kanak ialah Miss Tan Chai Yen... mane gambar Miss Tan???

Ni la Miss Tan.... Rupa-rupanya banyak persoalan yang timbul dalam bab pemakanan ini dalam kalangan ibubapa......

Khusyuk kami perhatikan para ibubapa mendengar ceramah... Banyak juga soalan yang diajukan.... Ini memperlihatkan kepada kami bahawa ibubapa ini sangat prihatin tentang penjagaan kesihatan, penjagaan pemakanan dan sebagainya terhadap anak-anak mereka...



Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Pihak Hospital Pakar KPJ cawangan Ipoh atas kesudian datang ke Permata Besout memberikan ceramah yang sangat berguna ini kepada kami dan para ibubapa... Semoga dengan ilmu yang kami perolehi akan memberi manfaat dan insyaallah akan kami amalalkan dalam kehidupan seharian..Terima kasih daun keladi, ada waktu Insyaallah kita berjumpa lagi..peace yo:) Wassallam.......


1 comment:

  1. Assalamualaikum. saya HANIE parent PAPN Teluk Intan Perak. jom follow saya. Ada entry Aktiviti dan penglibatan dekat PAPN Teluk Intan.

    ReplyDelete