Friday, September 16, 2011

16.9.2011 : Selamat Hari Malaysia untuk semua.


Salam permata...

Pada kesempatan ini, kami warga pendidik Permata Besout ingin mengucapkan " Selamat Menyambut Hari Malaysia" kepada semua rakyat malaysia dengan tema sambutan hari Malaysia kali ini ialah 1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.

Sambutan Hari Malaysia ini sebenarnya secara tidak langsung menyampaikan mesej yang jelas pada semua rakyat Malaysia bahawa semangat perpaduan dan toleransi amat penting demi menjaga keamanan dan kemakmuran negara. Sikap ini perlu dipupuk pada setiap lapisan masyarakat tidak kira umur, jantina agama dan bangsa.

Pengisytiharan kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan perdana menteri ketika itu.

Selain itu juga, kita sebagai rakyat Malaysia wajar menghayati kesusahan pejuang-pejuang kita dahulu menuntut kemerdekaan daripada penjajah pada 31 Ogos 1957 sehingga termetrai Penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16. 9. 1963 bagi membentuk Malaysia. Alhamdulilah, hampir 54 tahun kita merdeka, negara kita kekal aman dan makmur. Semoga keamanan dan kemakmuran ini kekal hingga ke generasi akan datang. Amin :)

PERMATA Besout dilanda kesibukkan pada 13 September .....

Salam permata...

Pada 13.9, Pusat Anak Permata Negara ( PAPN ) Besout telah dikunjungi oleh orang ramai dari pagi hingga ke malam. Siapa agaknya yang sudi berkunjung ke Permata Besout tu ye???
Jom kite layannnzzz....hehhehe :)

Bermula jam 9.00 pagi, kami menerima kunjungan drpd pensyarah dan pelajar diploma pendidikan awal kanak-kanak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Seramai hampir 40 orang telah membuat lawatan ke Permata Besout. Mereka tiba ketika kami sedang membuat aktiviti "morning circle". Apa tujuan lawatan tu ye? Lawatan dibuat untuk melihat bagaimana pendidik permata menjalankan aktiviti bersama anak-anak permata, melihat rutin harian anak-anak, melihat persekitaran pembelajaran anak-anak dan sebagainya. Pelajar UPSI juga ada membuat "presentation" dihadapan anak-anak permata iaitu "recylce train" dan "jolok buah". Oleh yang demikian, kami dari pihak Permata Besout mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan pensyarah dan pelajar UPSI serta memohon kemaafan andai ada kesulitan yang berlaku sepanjang lawatan diadakan. Jom kita tgk preview sepanjang lawatan tersebut.


persembahan pertama oleh pelajar UPSI iaitu "recycle train"
persembahan kedua iaitu "jolok buah"... seronoknyer anak permata.

Kami sangat berbesar hati menerima kunjungan tersebut. Diharap kedua-dua pihak iaitu pihak kami dan pihak mereka mendapat manfaat drpd lawatan ini. Lawatan tamat pada jam 12.00 tghari.

Anak-anak permata menyambung rutin mereka iaitu makan tghari kemudian gosok gigi dan tidur. Kami pula pendidik dan PPM bersiap sedia untuk majlis malam ini iaitu "Majlis sambutan Aidilfitri" yang akan berlangsung jam 8.00 mlm. Ketika anak-anak sedang tidur, kami bertungkus-lumus menyediakan dan memeriksa kelengkapan terakhir bagi kelancaran majlis malam itu. Para ibubapa juga sibuk bergotong-royong memasang khemah dan menyediakan kelengkapan yang perlu bermula jam 5.00 petang selesai waktu operasi permata hingga jam 7.00 petang.

Menjelang jam 8.00 mlm, Permata Besout mula menerima kunjungan para hadirin yang terdiri daripada ibubapa, anak-anak dan ahli keluarga masing-masing. Para hadirin menerima nombor keluarga masing-masing kerana ada acara cabutan bertuah. Majlis bermula jam 8.30 mlm yang dimulakan dgn sesi bergambar seluruh keluarga permata. Nak tahu apa yang berlaku pada majlis itu? Jom kita layannnzzz...hehehe:)


merdeka raya oleh anak-anak permata yang kiut-miut..hehhe
keluarga anak permata 2 tahun.

keluarga anak permata 3 tahun

keluarga anak permata 4 tahun

Pelbagai aktiviti telah lakukan semasa majlis berlangsung. Antaranya ialah pertandingan makan bawang oleh kaum bapa, pertandingan bawa kuih raya menggunakan chopstick oleh kaum ibu, pertandingan muzik chair oleh anak-anak permata, pertandingan menyuap mee menggunakan chopstick oleh pasangan ibubapa dan pertandingan makan kuih raya oleh adik-beradik anak permata. Alhamdulilah majlis berjalan lancar. Walaupun hujan pada pertengahan majlis, namun semangat kekeluargaan yang terbina mampu mengatasi cabaran yang mendatang sehingga majlis dapat disempurnakan dengan jayanya.

Kami warga pendidik dan staf permata mengucapkan sekalung tahniah dan jutaan terima kasih pada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga ukuwah yang terbina ini kekal selamanya. Amin:)

Ha...itu la kisah yang berlaku di Permata Besout pada 13.9 aritu...Sepanjang hari kami menerima kunjungan pelbagai pihak. Senang kata Permata Besout tak tutup la sepanjang hari tu. Walaupun keletihan sepanjang hari, namun melihat pada senyuman semua pihak hilang segala keletihan kami. Anak-anak permata juga dilihat begitu gembira menerima kedatangan pelajar UPSI dan menyambut majlis sambutan hari raya pada mlmnya. Semoga aktiviti seperti ini akan terus diadakan pada masa akan dtg. Insyaallah...

P/s : Nak tgk bnyk lagi gambar merdeka raya kami, rajin-rajin la layari fecebook kami...TQ :)