Friday, September 16, 2011

16.9.2011 : Selamat Hari Malaysia untuk semua.


Salam permata...

Pada kesempatan ini, kami warga pendidik Permata Besout ingin mengucapkan " Selamat Menyambut Hari Malaysia" kepada semua rakyat malaysia dengan tema sambutan hari Malaysia kali ini ialah 1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.

Sambutan Hari Malaysia ini sebenarnya secara tidak langsung menyampaikan mesej yang jelas pada semua rakyat Malaysia bahawa semangat perpaduan dan toleransi amat penting demi menjaga keamanan dan kemakmuran negara. Sikap ini perlu dipupuk pada setiap lapisan masyarakat tidak kira umur, jantina agama dan bangsa.

Pengisytiharan kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan perdana menteri ketika itu.

Selain itu juga, kita sebagai rakyat Malaysia wajar menghayati kesusahan pejuang-pejuang kita dahulu menuntut kemerdekaan daripada penjajah pada 31 Ogos 1957 sehingga termetrai Penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16. 9. 1963 bagi membentuk Malaysia. Alhamdulilah, hampir 54 tahun kita merdeka, negara kita kekal aman dan makmur. Semoga keamanan dan kemakmuran ini kekal hingga ke generasi akan datang. Amin :)

No comments:

Post a Comment