Wednesday, May 1, 2013

APRIL 2013: AKTIVITI 3 TAHUN

Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh kanak-kanak di PAPN Besout bertemakan Deria. Kanak-kanak diberikan pendedahan tentang fungsi setiap deria dan aktiviti yang berkaitan dengan deria tersebut. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah mengenali lidah, menulis huruf, mencari huruf, main peranan ikan, menyukat air, mengenali pelbagai tekstur, dan lain-lain.
Berikut adalah gambar kanak-kanak 3 tahun yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan: 















































Monday, April 29, 2013

Pada 25 April 2013 yang lepas, pasukan KPJ telah hadir di PAPN Besout dan mengadakan aktiviti masakan bersama kanak-kanak Permata. 
Kanak-kanak didedahkan dengan cara membuat 'pancake' atau lempeng yang sihat. 
Sebelum aktiviti bermula, kanak-kanak diminta mencuci tangan dan memakai apron serta penutup kepala bagi memastikan tahap kebersihan dalam keadaan terbaik. 
Chef memperkenalkan bahan-bahan yang digunakan dan kuiz juga diadakan. 
Tidak ketinggalan demo membuat pancake turut dilakukan. 
Kanak-kanak dibenarkan mencuba memasak dan menghias pancake dengan pemantauan. 
Situasi mencuit hati apabila kanak-kanak menonjolkan kreativiti menghias pancake masing-masing. Saat yang ditunggu-tunggu pastinya makan pancake sendiri setelah bersusah payah menyediakannya. Kanak-kanak kelihatan sangat teruja. 
Pihak KPJ bermurah hati menyediakan jus tembikai sebagai minuman kanak-kanak. 
Terima kasih KPJ. Kami tunggu aktiviti seterusnya bersama ibubapa pula. ^_________^