Monday, April 29, 2013

Pada 25 April 2013 yang lepas, pasukan KPJ telah hadir di PAPN Besout dan mengadakan aktiviti masakan bersama kanak-kanak Permata. 
Kanak-kanak didedahkan dengan cara membuat 'pancake' atau lempeng yang sihat. 
Sebelum aktiviti bermula, kanak-kanak diminta mencuci tangan dan memakai apron serta penutup kepala bagi memastikan tahap kebersihan dalam keadaan terbaik. 
Chef memperkenalkan bahan-bahan yang digunakan dan kuiz juga diadakan. 
Tidak ketinggalan demo membuat pancake turut dilakukan. 
Kanak-kanak dibenarkan mencuba memasak dan menghias pancake dengan pemantauan. 
Situasi mencuit hati apabila kanak-kanak menonjolkan kreativiti menghias pancake masing-masing. Saat yang ditunggu-tunggu pastinya makan pancake sendiri setelah bersusah payah menyediakannya. Kanak-kanak kelihatan sangat teruja. 
Pihak KPJ bermurah hati menyediakan jus tembikai sebagai minuman kanak-kanak. 
Terima kasih KPJ. Kami tunggu aktiviti seterusnya bersama ibubapa pula. ^_________^































Thursday, April 25, 2013

PROGRAM APRIL 2013: HARI TERBUKA KALI PERTAMA

Pada 25 April 2013 yang lalu, Program hari Terbuka Bersama Ibubapa/Penjaga Kanak-Kanak telah di adakan buat kali pertama bagi tahun 2013.

Perjumpaan ini memberikan fokus kepada perkembangan dari bulan Januari sehingga April 2013. Selain itu, ibubapa turut berkongsi maklumat anak masing-masing di rumah.

Perbincangan secara dua hala antara kedua pihak diharapkan dapat membantu perkembangan kanak-kanak yang lebih positif.

Komitmen yang diberikan setiap ibubapa menunjukkan sokongan mereka terhadap pendidikan awal kanak-kanak juga.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak! ^___________^





















Friday, February 1, 2013

JANUARI 2012: AKTIVITI PERMATA 4 TAHUN

Pada bulan Januari yang lalu, pelbagai aktiviti telah dijalankan bertemakan 'Diri Saya'. Sebelum itu, kita berkenalan dengan kanak-kanak 4 tahun:

Adiq Hakimi bin Mohd Rizal
Nurul Syuhada binti Mohd Mazlan
Balqis Najla Qairisya
 Muhammad Qalish Mikhaeel
Nur Raudhah Ilma
 Muhammad Akif Ikhwan
 Husna binti Saiful Rahim
 Mohamad Amierul Aieman 
Muhammad Eirsyad Hafie

Mari kita lihat pula aktiviti apa yang telah mereka lakukan: