Friday, February 1, 2013

JANUARI 2013: AKTIVITI PERMATA 2 TAHUN


Bertemakan 'Diri Saya' bagi bulan Januari, rata-rata kanak-kanak baru ini masih diperingkat menyesuaikan diri dengan persekitaran PAPN Besout. Kebanyakkan aktiviti yang dibuat juga lebih kepada membina perhubungan di antara rakan-rakan sebaya & pendidik. Sukacita juga diperkenalkan kanak-kanak 2 tahun:


 Nurul Iman Binti Safri


 Siti Maryam binti Zulkepli


 Muhamad Zul Iqbal bin Mohd Zamri


Muhammad  Fadlan Syahiran bin Mohamed Adilan


Berikut antara aktiviti yang telah dijalankan bersama kanak-kanak ini:









 

Tuesday, January 29, 2013

LAWATAN KE ZOO TAIPING

Bagi meraikan komitmen dan jasa ibubapa serta kanak-kanak PAPN Besout sesi 2012, satu program lawatan ke Zoo Taiping telah dirancang untuk diadakan pada 26/1/2013. Rancangan tersebut telah berjaya dilaksanakan pada masa yang ditetapkan.

Pada jam 6.45 pagi, semua keluarga telah berkumpul di PAPN bagi sesi taklimat dan lapor diri. Perjalanan memakan masa hampir 2 jam lebih. Setibanya di Zoo Taiping, kanak-kanak dilihat paling ceria apabila melihat haiwan. Tidak ketinggalan ibubapa juga kelihatan teruja sepanjang lawatan.

Jam 1.00 petang, lawatan selesai dijalankan. Aktiviti seterusnya merupakan aktiviti bebas; kebanyakkan mereka terus mencari tempat makan dan ada juga yang menuju ke pusat rekreasi yang lain. Gambar-gambar adalah seperti berikut:


















SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Pada 25 Januari 2013 (Jumaat) yang lalu, sambutan Maulidur Rasul telah diadakan bagi memperingati kelahiran dan sejarah Nabi Muhammad s.a.w. Bertemakan WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH, program ini dirai penuh meriah.

Seawal jam 8.00 pagi, ibubapa dan anak-anak mula berkumpul di PAPN Besout. Tepat jam 8.30 pagi, taklimat berkaitan perjalanan majlis telah disampaikan oleh Teacher Ramizah. Menariknya apabila semua ibubapa telah diberikan tugasan berkumpulan bagi menyediakan banner & sepanduk sempena Maulidur Rasul. Perarakan dibuat hampir 3km di kawasan sekitar PAPN sambil berselawat.

Setibanya di PAPN, majlis diteruskan dengan ucapan dan perasmian oleh SDA Gugusan Besout En. Hamdan diikuti dengan kuiz & menyelesaikan teka silang kata.

Majlis berehat seketika dengan sedikit jamuan dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.



























SESI SUAI KENAL BERSAMA KELUARGA PERMATA BARU 2013

Nampaknya penghujung Januari semakin hampir melabuhkan tirainya. Sukacitanya untuk diimbas kembali aktiviti yang telah dijalankan di PAPN Besout. Memulakan sesi baru pada 7 Januari 2013 yang lepas, meninggalkan pelbagai kenangan yang sukar dilupakan. 

Ketibaan kanak-kanak baru khususnya disambut dengan gembira oleh para pendidik. Wajah girang mereka menambat hati sesiapa sahaja yang melihat. Taklimat dimulakan oleh Ketua Pendidik; Ramizah Sakumoning dengan memaklumkan prosedur dan panduan yang perlu dipatuhi sepanjang berada di Permata. 

Seterusnya kanak-kanak baru ini telah mengikuti segala aktiviti yang telah diaturkan bersama kanak-kanak lama. Selama 3 hari ibubapa ini juga tidak jemu-jemu memberikan galakkan kepada anak masing-masing agar anak dapat menyesuaikan diri secepat yang mungkin. Mari kita lihat gambar-gambar mereka ^___^ :