Saturday, September 8, 2012
AKTIVITI KANAK-KANAK 2-4 TAHUN (OGOS 2012)
Tema bagi bulan Ogos ialah Kemerdekaan. Pelbagai aktiviti telah dilaksana mengikut kumpulan umur kanak-kanak. Mari kita lihat aktiviti apa yang dilakukan oleh kanak-kanak ini. ^_________^
AKTIVITI BERSAMA IBUBAPA/PENJAGA BULAN OGOS
Pelbagai aktiviti bersama telah dijalankan oleh ibubapa/penjaga di PAPN Besout. Seperti yang telah dipersetujui melalui mesyuarat PIBP yang lepas, antara aktiviti yang dicadangkan adalah sambutan hari raya bertemakan kemerdekaan. Selain itu, pemasangan bendera Jalur Gemilang dan negeri Perak turut dilakukan. Ibubapa/penjaga baru bermurah hati memberikan sumbangan bendera masing-masing. Paling utama penglibatan ibubapa bersama kanak-kanak melalui aktiviti di Permata itu sendiri. Terima kasih atas komitmen para ibubapa/penjaga. ^____^ Gambar-gambar seperti berikut:
Wednesday, August 15, 2012
RAGAM PRA HARI RAYA
Persetujuan bersama ibubapa/penjaga untuk mengadakan 'photo shoot' suasana pra hari raya telah dilakukan pada 15 Ogos 2012 (Rabu) dengan meriahnya. Selain bergambar, aktiviti ini turut diisi dengan aktiviti yang biasa dilakukan semasa Hari Raya Aidil Fitri. Pelbagai ragam dapat dilihat melalui gambar-gambar dibawah:
Semoga dengan pendedahan awal ini dapat memberikan pengalaman berharga buat kanak-kanak PAPN Besout. ^___^
Tuesday, July 31, 2012
Bubur lambuk PeRmAtA bEsoUt 2012
Salam Ramadan Hahaaa nak tahu tak kami warga Permata Besout ada aktiviti menarik pada bulan Ramadan ni...Apa yer??? cer teka cer teka!!! ha "edaran bubur lambuk bersama komuniti"
sedap nya!!!!! hasil titik peluh ibu bapa ,guru dan anak-anak permata dalam menyediakan
''bubur lambuk Ramadan"
Ya ni tugas kaum bapa anak-anak Permata... sibuk sungguh membukus bubur lambuk ..
sedapnya nasib baik puasa hehehe...
hehe teacher Ramizah berpeluh tu megacau bubur lambuk..
nasib ada tunjuk ajar nenek Zahra.
sedap tu air tangan semua warga Permata BESOUT...
Terbaikkkk la sempat lagi tu teacher-teacher posing...
Kini tiba waktunya edar bubur lambuk di kawasan terdekat...
anak-anak Permata turut serta bersama komuniti...
ada gaya YB je...
sifat mulia yang diterapkan kepada anak-anak permata selain kerjasama kita haruslah bersedekah tambah pula dibulan yang mulia ini.....
terima kasih atas segal a kerjasama warga Permata Besout...
tahniah ye nti kta bakar lemang dan kacau dodol lak yer.....
Subscribe to:
Posts (Atom)

























