Bulan September telah berlalu. Kami selusuri bulan September dengan tema kenderaan. Pelbagai aktiviti telah kami lakukan bersama anak-anak kami di Permata Besout. Banyak yang anak-anak kami pelajari daripada tema ini. Pelbagai jenis kenderaan telah kami sebagai pendidik perkenalkan kepada anak-anak permata kami. Apa yang penting bagi kami adalah "proses bukan hasil". Harapan kami, semoga anak-anak kami dapat manfaatkan ilmu yang kami curahkan kepada mereka supaya menjadi bekalan kepada mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Insyaallah...Amin:)
Nak tahu tak apa yang kami lakukan bersama anak-anak kami sempena tema kenderaan ini. Jom kita layannnnzzz...
Gambar di bawah ini adalah antara aktiviti yang "Teacher Emy lakukan bersama anak-anak 2 tahun".
Haa..itulah antara aktiviti anak-anak 2 tahun bersama Teacher Emy. mereka kenal kereta, motosikal, belajar menyagayuh basikal roda 3, buat kipas UFO, buat keychin roket dan banyak lagi. Seronok mereka tau!..hehehe:)
Apa kata kita tengok plak aktiviti "anak-anak 3 tahun bersama Teacher Ramiza". Tapi sila click kat Tema kenderaan Part 2...hehehe:) tq
No comments:
Post a Comment