Tuesday, January 29, 2013

LAWATAN KE ZOO TAIPING

Bagi meraikan komitmen dan jasa ibubapa serta kanak-kanak PAPN Besout sesi 2012, satu program lawatan ke Zoo Taiping telah dirancang untuk diadakan pada 26/1/2013. Rancangan tersebut telah berjaya dilaksanakan pada masa yang ditetapkan.

Pada jam 6.45 pagi, semua keluarga telah berkumpul di PAPN bagi sesi taklimat dan lapor diri. Perjalanan memakan masa hampir 2 jam lebih. Setibanya di Zoo Taiping, kanak-kanak dilihat paling ceria apabila melihat haiwan. Tidak ketinggalan ibubapa juga kelihatan teruja sepanjang lawatan.

Jam 1.00 petang, lawatan selesai dijalankan. Aktiviti seterusnya merupakan aktiviti bebas; kebanyakkan mereka terus mencari tempat makan dan ada juga yang menuju ke pusat rekreasi yang lain. Gambar-gambar adalah seperti berikut:


















SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Pada 25 Januari 2013 (Jumaat) yang lalu, sambutan Maulidur Rasul telah diadakan bagi memperingati kelahiran dan sejarah Nabi Muhammad s.a.w. Bertemakan WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH, program ini dirai penuh meriah.

Seawal jam 8.00 pagi, ibubapa dan anak-anak mula berkumpul di PAPN Besout. Tepat jam 8.30 pagi, taklimat berkaitan perjalanan majlis telah disampaikan oleh Teacher Ramizah. Menariknya apabila semua ibubapa telah diberikan tugasan berkumpulan bagi menyediakan banner & sepanduk sempena Maulidur Rasul. Perarakan dibuat hampir 3km di kawasan sekitar PAPN sambil berselawat.

Setibanya di PAPN, majlis diteruskan dengan ucapan dan perasmian oleh SDA Gugusan Besout En. Hamdan diikuti dengan kuiz & menyelesaikan teka silang kata.

Majlis berehat seketika dengan sedikit jamuan dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.



























SESI SUAI KENAL BERSAMA KELUARGA PERMATA BARU 2013

Nampaknya penghujung Januari semakin hampir melabuhkan tirainya. Sukacitanya untuk diimbas kembali aktiviti yang telah dijalankan di PAPN Besout. Memulakan sesi baru pada 7 Januari 2013 yang lepas, meninggalkan pelbagai kenangan yang sukar dilupakan. 

Ketibaan kanak-kanak baru khususnya disambut dengan gembira oleh para pendidik. Wajah girang mereka menambat hati sesiapa sahaja yang melihat. Taklimat dimulakan oleh Ketua Pendidik; Ramizah Sakumoning dengan memaklumkan prosedur dan panduan yang perlu dipatuhi sepanjang berada di Permata. 

Seterusnya kanak-kanak baru ini telah mengikuti segala aktiviti yang telah diaturkan bersama kanak-kanak lama. Selama 3 hari ibubapa ini juga tidak jemu-jemu memberikan galakkan kepada anak masing-masing agar anak dapat menyesuaikan diri secepat yang mungkin. Mari kita lihat gambar-gambar mereka ^___^ :















Monday, January 14, 2013

MAJLIS KONVOKESYEN 2012

Tarikh 5 Disember 2012 telah mencatatkan sejarah tersendiri buat PAPN Besout apabila berjaya melaksanakan Majlis Konvokesyen khusus untuk kanak-kanak yang berjaya menamatkan proses pembelajaran di PAPN Besout dengan jayanya. Terdapat 9 orang kanak-kanak yang bergraduasi pada hari tersebut. Mereka adalah:

1. Amirul Naaiman
2. Farish Haiqal Danish
3. Muhammad Alif Aiman
4. Mohd Fariz Iskandar
5. Nur Zahraa Nazirah
6. Nur Najwa Husna
7. Nurul Iman Eilyannie
8. Nur Aulia Damia
9. Aina Atirah binti Rozaini

Selain meraikan kanak-kanak ini, penghargaan turut diberikan kepada ibubapa yang memberikan komitmen terbaik sepanjang tahun.

Syukur ke atas Illahi kerana majlis berjalan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Tahniah buat semua ^___^