Thursday, June 28, 2012

Hospital pakar KPJ datang Permata Besout:)

Salam Permata....

Semalam ( khamis-28.6.2012 ) kami telah menerima kunjungan istimewa dari pihak Hospital Pakar KPJ cawangan Ipoh... Mereka tiba jam 2.30 petang... Nape mereka datang kt Permata Besout ye??? Ade anak sakit ker??? Ada pemeriksaan kesihatan mengejut ker???

Sebenarnya, mereka datang bertujuan menyampaikan ceramah berkenaan kesihatan kanak-kanak kepada para ibubapa. Banyak topik yang dibincangkan dalam ceramah tersebut... Sampai ade 3 penceramah lg tw.. Penceramah pertama menerangkan tentang imunisasi, penyakit berjangkit dan ubat-ubatan

Ni penceramah pertama yang bernama Rohaida Binti Ramli
"Infection Control Officer"

Penceramah kedua pula menerangkan tentang kaedah mencuci tangan dengan betul
Ni penceramah kedua yang bernama Rofidah Binti Shabo Ramli
"Infection Control Nurse"
dan penceramah ketiga yang akan menerangkan tentang pemakanan seimbang untuk kanak-kanak ialah Miss Tan Chai Yen... mane gambar Miss Tan???

Ni la Miss Tan.... Rupa-rupanya banyak persoalan yang timbul dalam bab pemakanan ini dalam kalangan ibubapa......

Khusyuk kami perhatikan para ibubapa mendengar ceramah... Banyak juga soalan yang diajukan.... Ini memperlihatkan kepada kami bahawa ibubapa ini sangat prihatin tentang penjagaan kesihatan, penjagaan pemakanan dan sebagainya terhadap anak-anak mereka...



Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Pihak Hospital Pakar KPJ cawangan Ipoh atas kesudian datang ke Permata Besout memberikan ceramah yang sangat berguna ini kepada kami dan para ibubapa... Semoga dengan ilmu yang kami perolehi akan memberi manfaat dan insyaallah akan kami amalalkan dalam kehidupan seharian..Terima kasih daun keladi, ada waktu Insyaallah kita berjumpa lagi..peace yo:) Wassallam.......


Bantu-membantu amalan mulia:)



Salam permata....
Haaaa, nk tahu aktiviti kami pada bulan Jun nie...
Pada hari ahad yang lepas ( 24.6 2012 ), kami telah mengadakan satu program gotong-royong di Masjid Besout 3... Sebelum nie kami pernah mengadakan gotong-royong di Masjid Besout 1 je... Tapi kali ini, kami ini meluaskan sedikit pemandangan kami berjalan-jalan ke Masjid Besout 3 pulak..hehehhe:)

Matlamat utama gotong-royong ini adalah ingin mendedahkan kanak-kanak kami pada dunia persekitaran disamping dapat mengeratkan lagi silaturahim antara pusat anak permata dengan masyarakat sekeliling... Jam 8.30 pagi dah berkumpul dihadapan pagar masjid bersama-sama peralatan gotong-royong masing-masing..Ada yang bawak kain buruk, mop lantai, penyapu, cangkul dan macam-macam lagi la...

Dimulakan dengan Bismillah,,, kami membahagikan ahli gotong-royong kepada beberapa kumpulan.. ada yang bersihkan dalam masjid, luar masjid, tempat wudhuk, tandas dan sebagainya...




Ahli yang bersihkan dalam masjid....Bagus mak ayah nie:)


Ni group bersihkan kawasan luar masjid..... Banyak pokok bunga kat masjid nie tw:)
Berus jangan tak berus..hehehhehe:)

Tandas pn kene basuh...baru bersih..hehehhe:)

Itu la antara gambar yang sempat di snap sepanjang aktiviti... semua menjalankan tanggungjawab dengan baik dan bagus sangat... Gotong-royong tampat jam 10.30 pagi...just nice..balik tu mak-mak boleh masak tengah hari... Ini la pentingnya semangat kerjasam dan bantu-membantu..Sambil melakukan kerja amal, tanggungjawab pada keluarga juga jangan dilupakan...

Kami dari barisan para pendidik dan ppm ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para ibubapa yang terlibat, juga kepada pihak jawatankuasa masjid bermula dari awal program hingga akhir program.. Semoga dengan aktiviti seperti ini kita akan lebih bersatu-padu dalam sebuah masyarakat... hanya Allah yang mampu balas jasa kalian... Peace yo:) Wassallam.......